Monday, 11 April 2016

Vietnamese job

Kerja offshore ni banyak jalan...tapi mode tourism takkan sama dengan pelancong sebenar. Kita cuma melancong bila kebetulan ada peluang...contohnya ketika kapal atau equipment brake down, weather standby dan lain-lain. Kalau job di Vietnam, memang enjoy sightseeingnya. Trademark Saigon ni, bandar dia memang banyak motor/skuter.....tapi diorang takde sub-culture mat rempit cam tempat kita. Superbikers sikit-sikit tu ada laa..


Dari KLIA kita akan landing di Ho Chio Minh atau juga dikenali sebagai Saigon ketika zaman perang dulu, kemudian melalui jalan darat atau air, kita akan ke Vung Tau. Bandar Vung Tau ni, kira bandar oil and gas macam Kemaman atau Miri.

Kat Vung Tau ni, jangan lepaskan peluang naik cable car menuju ke taman tema di atas bukit. Ntah apa nama bukit tu pun tak tau la. Taman tema dia besar , ada laa beberapa permainan (masa tu pergi tahun 2011, sekarang ni mungkin dah tambah banyak) ...Yang nak nikmati pemandangan tu kira berbaloi la pengalaman ni.






Kat taman tema atas bukit ni, ada ride ala- ala roller coaster...track dia macam roller coaster tapi kita boleh control dia (brake and release). Memang BEST...sekali naik dah tak ingat berapa inggit.



Muqaddimah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Blog ini mula dicipta ketika industri oil and gas tengah merudum. Waktu ni (April 2016), ramai pekerja dah kena buang, tak kira offshore atau onshore. Bila sebut offshore, ramai yang faham tapi bila sebut onshore..."pebende tu?". Baik, contoh yang paling senang difahami untuk maksud 'kerja onshore' ni, adalah orang-orang yang bekerja kat plant-plant petrokimia, seperti di tepi jalan Kerteh, Terengganu.

Berbalik kepada isu industri Oil and Gas mendung, dah banyak oil and gas company, terutama syarikat kontraktor, telah membuat beberapa siri pemecatan pekerja-pekerja mereka, tak terkecuali syarikat-syarikat operator minyak ('client').

Merudumnya industri oil and gas ni telah memberi pengajaran kepada kami (golongan pekerja yang agak tinggi pendapatannya berbanding pekerja dari industri lain) akan kebesaran Tuhan di mana semua kemewahan yang dikecapi hari ini sebenarnya bukan kita yang punya.  Kesusahan takde kerja adalah ujian Tuhan, dapat kerja bagus pun ujian dari Tuhan juga. 

Kata kunci- apapun harta benda yang diperolehi dalam dunia ni bukan kita yang punya secara mutlak. Ingat tu....(pesanan untuk diri sendiri yer...)

Kerja offshore tu tak semestinya laut dalam...yang kerja kat kat pantai pun, kira offshore jugaklah...


Team yang ada ni dah cukup untuk memulakan gerakan operasi mencari minyak....hehehe


Teman gue bawah ni (engineer dari Indonesia) setuju bangat harta dunia ni kecil sekali.