Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Blog ini mula dicipta ketika industri oil and gas tengah merudum. Waktu ni (April 2016), ramai pekerja dah kena buang, tak kira offshore atau onshore. Bila sebut offshore, ramai yang faham tapi bila sebut onshore..."pebende tu?". Baik, contoh yang paling senang difahami untuk maksud 'kerja onshore' ni, adalah orang-orang yang bekerja kat plant-plant petrokimia, seperti di tepi jalan Kerteh, Terengganu.
Berbalik kepada isu industri Oil and Gas mendung, dah banyak oil and gas company, terutama syarikat kontraktor, telah membuat beberapa siri pemecatan pekerja-pekerja mereka, tak terkecuali syarikat-syarikat operator minyak ('client').
Berbalik kepada isu industri Oil and Gas mendung, dah banyak oil and gas company, terutama syarikat kontraktor, telah membuat beberapa siri pemecatan pekerja-pekerja mereka, tak terkecuali syarikat-syarikat operator minyak ('client').
Merudumnya industri oil and gas ni telah memberi pengajaran kepada kami (golongan pekerja yang agak tinggi pendapatannya berbanding pekerja dari industri lain) akan kebesaran Tuhan di mana semua kemewahan yang dikecapi hari ini sebenarnya bukan kita yang punya. Kesusahan takde kerja adalah ujian Tuhan, dapat kerja bagus pun ujian dari Tuhan juga.
Kata kunci- apapun harta benda yang diperolehi dalam dunia ni bukan kita yang punya secara mutlak. Ingat tu....(pesanan untuk diri sendiri yer...)
Kerja offshore tu tak semestinya laut dalam...yang kerja kat kat pantai pun, kira offshore jugaklah...
Team yang ada ni dah cukup untuk memulakan gerakan operasi mencari minyak....hehehe
Teman gue bawah ni (engineer dari Indonesia) setuju bangat harta dunia ni kecil sekali.




No comments:
Post a Comment